JOYLEE Ipump Pengepam Susu Elektrik Mudah Alih Yang Sangat Praktikal B – JOYLEE ᴗ Grow up with joy

GROW UP WITH JOY

JOYLEE Ipump Pengepam Susu Elektrik Mudah Alih Yang Sangat Praktikal Buat Ibu Yang Menyusukan

Admin Joy Venture

Posted on October 21 2019

Writer: Hanny Abdullah
.

JOYLEE Ipump, pengepam susu elektrik mudah alih moden

.
JOYLEE Ipump Pengepam Susu yang sangat praktikal
.
Menyambut kelahiran bayi merupakan saya pengalaman yang dinanti-nantikan dan cukup bermakna bagi pasangan yang baru berumahtangga. Bukan kita sahaja yang teruja, malah seluruh ahli keluarga pun turut teruja untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.
.
Saya mula-mula anak pertama juga begitu, bermacam panduan persediaan sebelum dan selepas bersalin yang saya lakukan. Tanya orang sana, tanya orang sini, maklumlah…zaman saya dahulu tak macam sekarang, zaman sekarang senang nak cari info, hanya google aje dah dapat apa yang dicari.
.
Perkongsian saya kali ini tentang susu ibu dan breast pump dapatlah menjadi panduan buat ibu-ibu yang google mencari info tentang penyusuaan bayi dan tentang kebaikkan susu ibu buat bayi.
.

Susu Ibu Terbaik Yang Penuh Dengan Khasiat

.

.

Kepentingan susu ibu memang tidak boleh dipertikaikan lagi sebab ia merupakan makanan semulajadi yang paling sesuai buat bayi yang baru lahir.
.
Bayi yang baru lahir adalah digalakkan untuk mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
.
Dengan susu ibu, bayi akan mendapat khasiat yang amat berkhasiat untuk pertumbuhan bayi. Susu ibu dapat membekalkan :
  • Nutrien yang terbaik dan ianya mengandungi nutrient yang mencukupi mengikut keperluan bayi yang membesar.
  • Kolostrum dalam susu ibu dapat menguatkan system imuniti bayi dan melindungi bayi dari jangkita seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru paru selain mencegah dari masalah alahan seperti asma dan juga eksema.
  • Susu ibu dapat membantu perkembangan otak bayi dan meningkatkan kecerdikan bayi.
  • Selain tidak mudah tercemar, susu ibu juga tidak susah disediakan.

.

Menyusukan bayi merupakan satu pengalaman yang cukup indah tapi kadang-kadang ianya mampu memberi tekanan buat ibu-ibu yang baru melahirkan.
.
JOYLEE™ Ipump Pengepam Susu Elektrik Mudah Alih Yang Sangat Praktikal
.
Ada ibu yang baru melahirkan teringin sangat memberi susu ibu tapi susu tak banyak dan tak tahu cara yang betul untuk menyusukan bayi.
.
Sebab itulah ibu-ibu harus tahu cara yang betul untuk menyusukan bayi supaya dapat membantu meringankan tekanan dan menjadikan ianya satu pengalaman yang paling berharga dan menyeronokkan. Apa yang penting, bayi dan ibu juga akan dapat berinteraksi bersama dan dapat meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi.
.
Bukan itu sahaja, dengan memberi susu ibu, dapat membantu :
  • Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Dapat membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat
  • Mengurangkan risiko kanser.

.

JOYLEE Ipump Pengepam Susu elektrik mudah alih moden

.

Pengasas Spa Bondahaven Dr. Tengku Atikah serta pengasas JOYLEE iaitu Miss Olivia Chew

.

Baru-baru ini saya berkesempatan turut serta dalam majlis pelancaran Breast Pump Milk di Kuala Lumpur Convention Centre. Banyak juga info dan tips yang telah dikongsikan oleh pengasas Spa Bondahaven Dr. Tengku Atikah serta pengasas JOYLEE™ iaitu Miss Olivia Chew tentang kebaikkan memberi susu ibu dan kebaikkan Joylee Breast Pump.
.
Jika menyusukan bayi sendiri, kita tidak perlu berbelanja lebih dengan membeli susu formula dan ianya juga baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
.
Bagi ibu yang berkerjaya pula, tidak perlu risau memikir bagaimana untuk menyusukan bayi bila dah masuk kerja kerana anda boleh sahaja menyediakan stok susu ketika bekerja.
.
Di sebabkan itulah, demi membantu ibu-ibu serta mengalakkan ibu memberi susu badan kepada bayi, JOYLEE™ telah memperkenalkan JOYLEE™ Ipump, pengepam susu elektrik mudah alih moden yang sangat selesa, praktikal dan sesuai untuk ibu yang berkerjaya serta mementingkan masa. Menarik bukan?
.
JOYLEE™-Ipump-Pengepam-Susu-elektrik-mudah-alih-moden
.
Mempunyai butang kontrol yang dapat mengawal sedutan mengikut kesesuaian. Terdapat 27 jenis sedutan dari rendah dan yang paling maksimum.
.
Setiap pengepaman akan direkod dan juga akan dipamirkan pada skrin papar untuk menyenangkan ibu membuat catatan. Selamat dan bersih dan mempunyai dwi fungsi pum dan juga mengurut dalam satu masa.
.
Terdapat juga ciri butang berhenti dan mula kembali bagi memudahkan ibu membuat kerja lain dalam satu masa. Ianya juga membantu untuk membetulkan penarikan puting semasa penggunaan JOYLEE Ipump.
.
Kini ibu-ibu dah tidak perlu risau dan gusar lagi untuk menyediakan stok susu bayi kerana dengan JOYLEE Ipump boleh memberi keselesaan dan selamat digunakan dimana juga selain dari bateri yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang.
.
Apa yang lebih menariknya lagi, dengan penggunaan JOYLEE Ipump ia dapat mengelakkan payu dara dari kendur kerana pam ini telah direka mengikut reka bentuk sfera payu dara bagi menyediakan perlindungan dan memberi sedutan yang selesa tanpa memanjangkan dan menarik puting lebih panjang.
.
.
Direka dengan injap silicon untuk mencegah pencemaran akibat limpahan dan aliran balik susu ibu. Pengepaman dengan urutan juga dapat meningkatkan pengeluaran susu dengan peningkatan sedutan sebanyak 100 kali dalam 1 minit.
.
So, ibu-ibu jangan risau dan stress tentang pengeluarkan susu untuk bayi tersayang kerana JOYLEE Ipump sangat praktikal dan senang dibawa ke mana juga.
.
Dengan harga sebanyak RM497 sahaja dan didatangkan sekali dengan penutup bernilai RM129, beg sejuk bernilai RM 149 dan ice pack bernilai RM15 secara PERCUMA.
.
JOYLEE Ipump mudah alih moden ini juga didatangkan bersama botol susu dari buatan PPSU yang mana botol ini mempunyai ketahanan dan boleh bertoleransi dengan suhu haba untuk pensterilan berulang.
.
Beruntung betul orang zaman moden sekarang, tak perlu lagi nak keluarkan susu menggunakan tangan seperti saya dahulu. Boleh gunakan Breast pump JOYLEE Ipump ini ditempat kerja atau dimana juga setiap masa.
.
.
Bersama pengasas Joylee iaitu Miss Olivia Chew sewaktu pelancaran Joylee I-Pump
.
Apa yang penting, anda hanya perlu tahu jadual dan kekerapan untuk mengepam, jadual makan dan menu harian yang betul untuk meningkatkan susu.
.
Untuk keterangan lanjut, boleh lawati
.
.
Atau Hubungi
.
Khidmat Pelanggan JOYLEE di talian +6016 263 7743.
.
.

Search our store